Lotus akan memperkenalkan model elektrik hypercar terbaharu Type 130 di London pada 16 Julai 2019

Lotus baru-baru ini telah mengesahkan bahawa syarikat tersebut akan memperkenalkan sebuah model elektrik hypercar terbaharu yang diberi nama Lotus Type 130 bertempat di Central London pada 16 Julai 2019 akan datang.

Menurut Lotus, pengeluaran untuk model berkenaan telah ditetapkan maksimum kepada hanya 130 unit sahaja. Lotus juga mengesahkan bahawa Type 130 akan dipasang di kilang yang terletak di ibu pejabat mereka di Hethel, Norfolk.

Model terbaharu Lotus Type 130 dikatakan bakal menjadi sebuah model kereta jalanan yang paling dinamik dalam sejarah syarikat yang berasal dari British itu. Sama-sama kita tunggu kemunculan model ini di London tidak lama lagi.

(Visited 19 times, 1 visits today)