Audi S8 2020 miliki prestasi maksimum 571PS dan 800Nm

Audi memperkenalkan model flagship berprestasi terkininya S8 yang dikuasakan enjin V8 TFSI bersesaran 4.0 liter yang dilengkapi dengan sistem dua pengecas turbo, seterusnya menghamburkan kuasa maksimum 571PS dan tork puncak 800Nm.

Menurut Audi, enjin V8 tersebut turut dilengkapi dengan teknologi mild hybrid untuk membolehkannya meningkatkan tahap kecekapan penggunaan bahan api. Audi S8 2020 yang sporty dan berprestasi ini akan berada di pasaran UK mulai hujung tahun ini.

(Visited 23 times, 1 visits today)