BMW perkenal M8 Competition Coupe & Convertible 2020

Dalam bulan Jun 2019 yang lepas, BMW telah memperkenalkan dua buah model sport mewah berprestasi tinggi BMW M8 Competition Coupe dan BMW M8 Competition Convertible model tahun 2020. Kedua-dua model tersebut dikuasakan enjin 4.4 liter V8 dengan teknologi M TwinPower Turbo yang menghasilkan 625hp dan tork 750Nm.

Melihat kepada kedua-dua angka tersebut, BMW mengatakan ianya merupakan unit enjin BMW M paling berkuasa pernah dibangunkan setakat ini. Enjin tersebut kemudiannya digandingkan dengan sistem transmisi M Steptronic lapan kelajuan, sebelum hamburan kuasa berprestasi tingginya disalurkan ke permukaan jalan raya melalui sistem pacuan semua roda M xDrive.

Dengan kedua-dua model M8 Competition Coupe dan M8 Competition Convertible memiliki enjin yang mempunyai perwatakan fokus kepada prestasi, model Coupe mampu memecut dari sifar kepada 62mph dalam tempoh 3.2 saat dan dari sifar kepada 124mph dalam 10.6 saat, manakala model Convertible menyempurnakan pecutannya dalam tempoh 3.3 saat dan 11.1 saat bagi kedua-dua jarak yang sama.

Menurut BMW lagi, kedua-dua model tersebut mempunyai kelajuan maksimum 155mph dan boleh dipertingkatkan lagi kepada 189mph jika dilengkapi M Driver Package yang tersedia sebagai pilihan. BMW M8 Coupe dan Convertible kini telah memulakan jualannya di pasaran Eropah dengan harga ditetapkan bermula dari £123,435 OTR.

Galeri : 2020 BMW M8 Competition Coupe

Galeri : 2020 BMW M8 Competition Convertible

(Visited 20 times, 1 visits today)