Spyshot Proton Saga facelift 2019 terbaharu varian Premium

Selepas pelancaran Proton Persona, Proton Iriz dan Proton Exora versi 2019 terbaharu yang ditambahbaik sebelum ini, Proton kini sedang menyiapkan pula model Proton Saga facelift 2019 terbaharu yang dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Buat masa ini model sedan tersebut didapati sedang giat diuji di jalan raya.

Menurut laman blog Funtasticko.net berdasarkan gambar-gambar spyshot terkini yang berjaya dirakamkan, dipercayai Saga facelift 2019 yang sedang diuji di jalan raya ini merupakan varian Premium, berdasarkan rekaan rim rodanya jenis lima bilah yang kelihatan sporty dan premium. Juga kelihatan skrin jenis terapung yang dipasang pada papan pemuka Saga facelift 2019 ini yang merupakan ciri baharu untuk model tersebut.

Proton Saga facelift 2019 terbaharu ini juga dikatakan bakal dilengkapi dengan sistem transmisi automatik baharu jenis empat kelajuan. Mungkin ianya adalah pilihan yang tepat untuk model tersebut, tambahan pula sistem transmisi automatik empat kelajuan tetap selesa dan lancar untuk urusan pemanduan, seperti mana yang telah dibuktikan oleh model terlaris Perodua Myvi. Sama-sama kita tunggu kemunculannya nanti.

Sumber : Funtasticko.net

(Visited 878 times, 1 visits today)