Mazda MX-5 30th Anniversary Edition akan muncul di Chicago Auto Show 2019


Mazda MX-5 30th Anniversary Edition Teaser Image

Mazda Motor Corporation hari ini mengumumkan Mazda MX-5 30th Anniversary Edition bakal membuat kemunculan pertama di Chicago Auto Show 2019, yang akan dibuka kepada umum mulai 9 Februari 2019.

Mazda MX-5 buat pertama kalinya muncul di Chicago Motor Show 1989, dan bagi meraikan ulangtahunnya yang ke-30, model edisi istimewa ini telah direka bagi menghargai pelanggannya di seluruh dunia yang selama ini memberikan sokongan padu atas kejayaan sejak tiga dekad yang lalu.

Sebagai sebuah model roadster paling popular dalam sejarah, dengan jualan melebihi 1 juta unit di seluruh dunia termasuk lebih daripada 350,000 di pasaran Eropah, MX-5 menjadi simbol kepada falsafah pengeluaran kereta Mazda dan usaha tanpa henti dalam mencapai puncak keseronokan pemanduan.

Dengan kemunculan Mazda MX-5 30th Anniversary Edition ini, ianya menjadi salah satu koleksi unik terbaharu versi MX-5 yang kian berkembang rekaannya sejak beberapa tahun lepas.

(Visited 10 times, 1 visits today)