Perodua Aruz kini dibuka untuk tempahan

Perodua bakal melancarkan sebuah model SUV (Sport Utility Vehicle) terbaharu tidak lama lagi untuk pasaran tempatan, dikenali dengan nama Perodua Aruz. Untuk anda yang berminat, tempahan untuk model berkenaan kini telah dibuka dengan rasminya. Bagaimanapun, tarikh pelancaran rasminya setakat ini masih belum diumumkan.

Berdasarkan maklumat awal, Perodua Aruz hadir dengan kapasiti tujuh tempat duduk, dengan ciri susunan yang fleksibel. Dua varian akan ditawarkan iaitu 1.5 X dan 1.5 AV (Advance), kedua-duanya dikuasakan enjin bersesaran 1.5 liter bertaraf EEV yang menjimatkan. Perodua Aruz turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan canggih seperti Advanced Safety Assist (A.S.A) 2.0 (untuk varian 1.5 AV sahaja) dan 6 beg udara, di samping menerima penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.

Apabila dilancarkan nanti, Perodua Aruz akan ditawarkan dalam lima pilihan warna yang menarik seperti Amazon Green (warna baharu), Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White. Harga jualan yang diumumkan baru-baru ini (harga anggaran) bermula dari RM72,200.00 sehingga RM77,200.00 (harga atas jalan, tanpa insuran di Semenanjung Malaysia).

(Visited 34 times, 1 visits today)