Spyshot Proton Iriz versi ‘facelift’ 2019

Proton bakal melancarkan model Iriz versi ‘facelift’ 2019 terbaharu, namun tarikh sebenar pelancaran model kompak tersebut masih belum diketahui. Setakat ini beberapa keping gambar spyshot model tersebut telah berjaya dirakamkan, memperlihatkan beberapa perubahan signifikan di bahagian depan dan belakangnya.

Berdasarkan gambar-gambar spyshot tersebut, Proton Iriz 2019 ini boleh dikatakan bakal hadir dengan penampilan luaran yang lebih bergaya dan sporty berbanding model semasa ketika ini. Reka bentuk lampu belakangnya bagaimana pun kelihatan masih sama, lebih elok jika ianya direka semula agar kelihatan lebih menarik dan sporty.

Menyentuh bahagian dalamannya, mungkin pihak Proton akan turut melakukan beberapa perubahan, termasuk di bahagian enjin dan lain-lain. Diharapkan kehadiran Proton Iriz versi ‘facelift’ 2019 terbaharu ini nanti bakal melonjakkan jualannya, atau setidak-tidaknya mampu mengekori jualan Perodua Myvi yang begitu laris ketika ini.

Sumber : Mekanika & Automachi

(Visited 129 times, 1 visits today)