Foto lebih jelas Perodua Aruz, pelancaran dijangka 15 Januari 2019

Semakin dekat dengan tarikh pelancarannya, maka semakin banyak foto-foto spyshot Perodua Aruz bertebaran di alam maya. Terkini, sekeping foto di atas memperlihatkan dua unit Perodua Aruz, masing-masing dalam varian 1.5 X di sebelah kiri (berwarna putih), dan varian 1.5 Advance di sebelah kanan.

Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, Perodua Aruz dijangka akan dilancarkan dengan rasminya pada tarikh 15 Januari 2019 akan datang. Berdasarkan foto di atas juga, penampilan luaran terutama bahagian depan Perodua Aruz ini boleh dikatakan begitu bergaya dan sporty sekali. Tahniah kepada Perodua.

Sumber : Lowyat.net

(Visited 110 times, 1 visits today)