Lamborghini Huracán EVO diperkenalkan

Lamborghini pada 7 Januari 2019 baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Lamborghini Huracán EVO. Ianya dikuasakan enjin V10 dengan kapasiti 5.2 liter beraspirasi normal, menghasilkan sehingga 640hp @ 8,000rpm dengan tork maksimum 600Nm @ 6,500rpm.

Huracán EVO mempunyai berat kering hanya 1,422 kg, memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh 2.9 saat dan dari 0-200 km/j dalam 9.00 saat, seterusnya mampu mencapai kelajuan puncak lebih 325 km/j. Harga yang ditawarkan untuk Huracán EVO ialah sebanyak USD261,274 (suggested retail price taxes/GST excluded).

(Visited 38 times, 1 visits today)