Subaru STI S209 bakal diperkenalkan di NAIAS 2019

Subaru Tecnica International Inc. (STI) bakal memperkenalkan STI S209, sebuah model baharu yang akan dikeluarkan dalam jumlah terhad (limited edition). Model berprestasi tinggi itu akan diperkenalkan secara rasmi di pameran automotif North American International Auto Show 2019, pada tarikh 14 Januari 2019 akan datang.

Buat masa ini STI hanya menyiarkan dua keping gambar teaser untuk model berkenaan, seperti mana anda boleh melihatnya di atas. Maklumat mengenai spesifikasi dan jumlah kuasa enjin masih belum didedahkan, namun berdasarkan maklumat awal, ini merupakan model STI paling berkuasa dan paling laju pernah dibangunkan. Sama-sama kita tunggu kemunculannya.

(Visited 20 times, 1 visits today)