Aprilia RS 660 diperkenalkan di EICMA 2019

Salah sebuah model motosikal terbaharu yang cukup menarik dalam kategori pertengahan yang diperkenalkan di EICMA 2019 (05 – 10 November) baru-baru ini ialah Aprilia RS 660. Bukan saja ianya tampil dengan reka bentuk yang cukup sporty, malah hadir dengan spesifikasi dan kuasa enjin yang cukup mantap dan berprestasi.

Menurut Aprilia, RS 660 ini mempunyai berat kering 169 kg sahaja, manakala kuasa yang dihamburkan oleh enjin 660cc parallel twin yang melengkapinya mencapai angka 100hp. Dua pilihan warna ditawarkan, hitam dan merah yang menjadi trademark Aprilia dan gabungan ungu dan merah sebagai tribute kepada model RS 250 dalam versi 1994 Reggiani Replica.

Ketika ini harga untuk RS 660 terbaharu ini masih belum didedahkan, namun ianya dijangka akan mencapai paras premium bersesuaian dengan apa yang ditawarkan. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah.

(Visited 24 times, 1 visits today)