Honda memperkenalkan Jazz generasi keempat serba baharu di Tokyo Motor Show 2019

Honda baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan model kompak kesukaan ramai, Honda Jazz generasi keempat serba baharu, bertempat di Tokyo Motor Show 2019. Untuk pasaran Jepun, Honda Jazz lebih dikenali dengan nama Honda Fit, dan ianya dijadualkan berada di pasaran negara tersebut mulai bulan Februari 2020. Lima pilihan varian diperkenalkan iaitu Basic, Home, Ness, Crosstar dan Luxe.

Menurut Honda, Jazz generasi serba baharu yang diperkenalkan itu merupakan model kompak pertama keluaran syarikat tersebut yang dilengkapi sistem hibrid dengan dua motor elektrik, bagi memaksimumkan prestasi alam sekitar dan pada masa yang sama menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan menyeronokkan. Lebih menarik lagi, sistem Honda SENSING kini menjadi ciri standard untuk Honda Jazz.

Untuk pasaran Eropah, Honda Jazz serba baharu hanya akan ditawarkan dengan enjin hibrid, manakala enjin petrol akan ditawarkan seperti biasa untuk pasaran sedia ada. Antara varian yang menarik diperkenalkan pada Jazz kali ini ialah varian Crosstar yang bercirikan sebuah crossover, mengingatkan kita semua kepada model Perodua Axia Style. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Honda Jazz 2020 di bawah.

(Visited 37 times, 1 visits today)