Honda Winner X terima warna baharu di pasaran Vietnam

Honda Winner X yang diperkenalkan di pasaran Vietnam sejak Julai 2019 yang lalu kini ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu, iaitu gabungan warna biru, merah dan putih dan juga gabungan warna jingga bersama-sama warna hitam. Sebelum ini Honda Winner X ditawarkan dalam pilihan tujuh warna yang menarik dan sporty, menjadikan pilihan yang tersedia ketika ini kepada sembilan warna kesemuanya.

Honda Winner X merupakan versi naik taraf daripada model terdahulu Honda Winner, namun buat masa ini model tersebut hanya ditawarkan di pasaran Vietnam sahaja. Ini bermakna pasaran Malaysia yang menerima model Honda RS150R dijangka akan turut menerima versi terbaharu Honda Winner X, namun masih belum ada maklumat sahih bilakah model tersebut akan dilancarkan secara rasmi oleh Boon Siew Honda.

Artikel berkaitan : Model baharu Honda Winner X dilancarkan di pasaran Vietnam

(Visited 20 times, 1 visits today)