SYM VF3i 185 V2 dilancarkan dengan warna dan grafik baharu lebih menarik dan sporty

Pada tarikh 27hb. Oktober 2019 yang lalu, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar motosikal berjenama SYM di pasaran tempatan, secara rasminya melancarkan model moped SYM VF3i 185 V2 terbaharu yang kini hadir dengan warna dan rekaan grafik baharu yang lebih menarik, bergaya dan sporty.

Model tersebut kini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Emas (Special Edition), Biru, Merah dan Perak, pada harga jualan asas bermula dari RM8,338.00 sehingga RM8,638.00. SYM VF3i 185 V2 kekal dikuasakan enjin bersesaran 183cc dengan kuasa maksimum 17.7hp @ 8,500rpm dan tork puncak 15.3Nm @ 7,000rpm.

SYM VF3i 185 V2 ini merupakan pencabar kepada dua model moped popular keluaran Yamaha dan Honda, iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Bagi peminat yang mementingkan kuasa enjin yang lebih tinggi dan kelajuan maksimum mencecah 155 km/j, tidak syak lagi SYM VF3i 185 V2 ini adalah pilihan yang paling tepat.

(Visited 188 times, 1 visits today)