Kia Stonic ‘Mixx’ tampil bergaya di tahun baru

Untuk pasaran UK bersempena tahun baru, Kia memperkenalkan model edisi istimewa Stonic ‘Mixx’ yang hadir dengan penampilan cukup bergaya. Model tersebut dikatakan menawarkan nilai untuk wang, bersama-sama spesifikasi yang bertaraf tinggi. Stonic Mixx dikuasakan enjin GDi 1.0 liter, menghasilkan 118bhp @ 6,000rpm dan 171Nm tork di antara 1,500 dan 4,000rpm.

Gabungan warna Clear White dan bumbung oren menyerlahkan penampilan keseluruhan Stonix Mixx. Kelengkapan standard yang dibekalkan termasuklah roda aloi 17 inci, penyaman udara, cermin eletrik depan dan belakang, cermin privasi untuk pintu belakang dan tailgate, sistem kamera undur dengan panduan dinamik, sistem audio dengan enam pembesar suara bersama-sama paparan skrin sesentuh 7.0 inci dengan radio DAB, RDS, MP3 dan Apple CarPlay dan Android Auto.

Kia Stonix Mixx berharga sebanyak £18,200 untuk varian manual enam kelajuan, dengan varian automatik dual clutch tujuh kelajuan dijual pada harga £19,200.

(Visited 88 times, 1 visits today)