Lotus catat peningkatan jualan tahunan terbaik sejak 2011

Lotus Cars sememangnya menjadi kebanggaan syarikat automotif nasional Proton pada suatu ketika dahulu. Namun begitu saham majoriti Lotus kini telah dimiliki oleh syarikat automotif Geely dari China, yang mana syarikat tersebut juga memiliki pegangan saham di dalam Proton. Setelah Geely berjaya memiliki saham Lotus sebanyak 51 peratus, bagaimanakah agaknya prestasi syarikat sport car dari British itu ketika ini?

Berdasarkan laporan terkini, Lotus telah berjaya merekodkan jumlah jualan terbaik dalam tempoh 7 tahun sejak 2011, apabila berjaya menjual sehingga 1,630 unit kereta di seluruh dunia pada tahun 2018. Tahun tersebut boleh dikatakan memberi tuah kepada Lotus kerana pada masa yang sama ianya juga merupakan tarikh ulangtahun Lotus kali yang ke-70.

Menurut CEO Lotus Cars, Phil Popham, jualan yang memberangsangkan pada tahun 2018 merangkumi banyak pasaran di luar negara. Antara pasaran global utama yang mencatatkan peningkatan jualan termasuklah Sweden, peningkatan 87%, Jepun, peningkatan 59%, Australia, peningkatan 50%, Timur Tengah (GCC), peningkatan 39%, Itali, peningkatan 14%, Taiwan, peningkatan 33%, dengan prestasi jualan turut meliputi kebanyakan pasaran utama Eropah yang lain termasuk di pasaran UK.

(Visited 28 times, 1 visits today)