Model konsep SUV eletrik INFINITI QX Inspiration akan diperkenalkan di NAIAS 2019

Infiniti akan memperkenalkan model konsep terbaharunya di North American International Auto Show 2019, yang akan bermula tidak lama lagi. Model konsep tersebut dikenali dengan nama INFINITI QX Inspiration, sebuah SUV yang dikuasakan oleh tenaga eletrik berprestasi tinggi.

Karim Habib, Executive Design Director untuk Infiniti berkata, QX Inspiration merupakan suatu permulaan era baharu untuk syarikat berkenaan. Ianya adalah ilustrasi yang menggambarkan kemanakah hala tuju jenama itu mahu pergi. Teknologi baharu dikatakan memberi peluang untuk falsafah rekaan Infiniti terus berkembang.

Model konsep terbaharu INFINITI QX Inspiration akan muncul secara rasmi di Detroit pada 14 Januari 2019. Antara perkara penting yang ditunggu-tunggu mengenai model konsep SUV eletrik ini sudah tentulah jarak perjalanan yang boleh dicapai olehnya bagi setiap kali pengecasan penuh.

(Visited 18 times, 1 visits today)