Hyundai perkenal kereta konsep boleh berjalan untuk misi menyelamat pantas dalam situasi bencana

Agensi dan petugas bantuan yang bertugas menyelamat mangsa dalam situasi bencana seringkali menghadapi masalah untuk memberikan bantuan awal segera dalam tempoh 72 jam yang sangat penting. Bencana seperti kebakaran hutan, gempa bumi, ribut taufan, tsunami dan banjir seringkali menyukarkan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang sangat memerlukan bantuan dalam kadar segera.

Oleh itu bagi menghadapi masalah tersebut, Hyundai baru-baru ini telah tampil dengan rekaan kereta konsep yang boleh berjalan dan mampu masuk ke kawasan bencana yang sukar dengan pantas, cekap dan selamat. Hyundai Elevate Walking Car Concept merupakan model pertama Ultimate Mobility Vehicle (UMV), menggabungkan teknologi daripada kereta eletrik dan robot, mengatasi keupayaan kenderaan off-road.

Menurut Hyundai, kegunaan teknologi kereta konsep Elevate Walking Car ini tidak terhad, bukan saja boleh digunakan dalam situasi kecemasan dan bencana, malah lebih daripada itu ianya juga boleh digunakan oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda dalam situasi tertentu. Buat masa ini masih belum dapat dipastikan bilakah Hyundai Elevate Walking Car Concept ini akan menjadi kenyataan.

(Visited 14 times, 1 visits today)