Mitsubishi Motors di pasaran UK lancar empat model Black Edition edisi terhad baharu

Mitsubishi Motors di pasaran UK telah memperkenalkan varian baharu Black Edition untuk model ASX, Outlander versi petrol, Eclipse Cross dan trak pikap L200. Keempat-empat model tersebut akan ditawarkan dalam edisi terhad (Limited Edition), hadir dengan penampilan berbeza berupa roda aloi berwarna hitam dan kemasan hitam, serta hanya ditawarkan dalam satu daripada tiga warna – hitam, kelabu atau putih. 

Bagi model Mitsubishi Eclipse Cross Black Edition, 250 daripada 500 unit yang ditawarkan di pasaran UK akan dilengkapi dengan sistem Connected Car baharu Mitsubishi, yang mana ianya akan meningkatkan lagi ciri kawalan dan keselamatan serta kemudahan untuk pemandu. Harga untuk Eclipse Cross Black Edition bermula dari £27,290 OTR dengan versi Connected Car berharga dari £27,690 OTR.

Bagi model Mitsubishi L200 Barbarian Black Edition, pengeluarannya juga terhad kepada 500 unit sahaja, dijual pada harga £30,195 OTR. Bagi model Mitsubishi ASX Black Edition, ianya tersedia dalam jumlah 300 unit sahaja, pada harga £21,660 OTR. Mitsubishi Outlander Black Edition diasaskan daripada varian petrol Outlander 4, hanya tersedia dalam jumlah 150 unit sahaja dengan harga sebanyak £31,560 OTR.

(Visited 19 times, 1 visits today)