Nissan umum dua model baharu LEAF 3.ZERO dan LEAF 3.ZERO e+ Limited Edition untuk pasaran Eropah

Susulan kejayaan model baharu Nissan LEAF di pasaran Eropah sebelum ini, dua versi baharu kereta eletrik tersebut telah diperkenalkan untuk jualan pada tahun 2019. Nissan LEAF 3.ZERO akan berada di pasaran Eropah bermula pada bulan Mei, seterusnya akan diikuti oleh model Nissan LEAF 3.ZERO e+ Limited Edition. Menurut Nissan, LEAF merupakan kereta eletrik terlaris di pasaran Eropah pada tahun 2018.

Nissan LEAF 3.ZERO akan dijual di pasaran UK pada harga £31,095, hadir dengan bateri 40kWh, warna baharu dan kombinasi warna dua tona yang melengkapkan penampilannya. Bagi model Nissan LEAF 3.ZERO e+ Limited Edition, harganya ialah £36,795, tersedia dalam edisi terhad 5,000 unit sahaja untuk pasaran Eropah. Model tersebut hadir dengan bateri 62kWh dengan jarak pemanduannya dikatakan mencapai sehingga 239 batu sekali cas. Kuasa yang dihasilkan daripada tenaga eletrik pada model itu adalah sebanyak 217PS dengan tork maksimum 340Nm.

Menurut Nissan, pelancaran dua model baharu Nissan LEAF 3.ZERO adalah susulan daripada sejarah syarikat tersebut yang selama ini komited dalam pengeluaran kereta eletrik sejak bertahun dulu. Jualan LEAF di pasaran Eropah pada tahun 2018 bagi segmen kereta eletrik mencatatkan rekod melebihi 40,000 unit. LEAF juga dikatakan kekal sebagai kereta eletrik terlaris di dunia dengan jualan global melebihi 380,000 unit sejak pelancaran model pertamanya pada tahun 2010.

(Visited 17 times, 1 visits today)