Vauxhall memperkenalkan MPV Vivaro Life serba baharu

Jenama automotif British, Vauxhall baru-baru ini telah memperkenalkan MPV Vivaro Life serba baharu keluarannya. Model tersebut akan membuat kemunculan perdana di pameran automotif Brussels Motor Show 2019 pada tarikh 18 Januari ini, dengan tempahan akan dibuka dalam bulan Februari 2019.

Vivaro Life akan dikeluarkan dari fasiliti pemasangan Vauxhall yang terletak di Luton, Bedfordshire. Ianya merupakan sebuah model MPV (Multi-Purpose Vehicle) yang selesa, akan ditawarkan dalam dua ukuran panjang yang berbeza khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ukuran pertama ialah 4.95 meter “Medium” dan 5.30 meter “Large”, setiap satu daripadanya dilengkapi sehingga sembilan tempat duduk.

Menurut Vauxhall, mereka akan menawarkan versi eletrik sepenuhnya untuk MPV Vivaro Life bermula pada awal tahun 2021, menjadikannya satu lagi pencapaian bermakna untuk jenama tersebut dalam mengadaptasi teknologi eletrik yang canggih.

(Visited 15 times, 1 visits today)