Lexus LC Convertible Concept akan membuat kemunculan di NAIAS 2019

Lexus telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan Lexus LC Convertible Concept di North American International Auto Show 2019 (14 – 27 Januari). Model konsep terbaharu itu diasaskan daripada model LC versi coupe, seterusnya memberikan petunjuk bahawa versi convertible bakal muncul di pasaran.

Menurut Lexus, LC Convertible Concept ini sudah pasti akan memiliki prestasi yang lebih tinggi apabila masuk ke fasa pengeluaran, bukan hanya tampil sekadar gaya dan kecantikan semata-mata. Potensi prestasinya dapat dilihat pada bahagian depan (overhangs) yang lebih pendek, roda 22 inci dan jarak lebar yang lebih luas.

(Visited 24 times, 1 visits today)