Pameran Nissan LEAF NISMO RC serba baharu di CES 2019

Bertempat di Las Vegas, USA sewaktu berlangsungnya pertunjukan teknologi CES 2019 (8 – 11 Januari), Nissan buat pertama kalinya mempamerkan Nissan LEAF NISMO RC serba baharu di Amerika Utara. Jentera perlumbaan eletrik itu juga dipamerkan di Nissan Crossing di Tokyo, dibangunkan oleh NISMO, divisyen perlumbaan terkenal Nissan.

Dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada, NISMO berjaya menunjukkan potensi yang sangat menarik daripada teknologi emisi sifar Рramuan utama dalam visi Nissan Intelligent Mobility. Nissan LEAF NISMO RC serba baharu ini dilengkapi motor eletrik berkembar, teknologi bateri termaju, sistem pacuan semua roda dan reka bentuk yang agresif, menghamburkan kuasa maksimum sehingga 240 kW (120 kW bagi setiap motor) bersama-sama kuasa tork segera yang mencapai puncak 640Nm.

Menurut Nissan, penampilan luarannya di bahagian depan yang direka semula sepenuhnya memperlihatkan jeriji V-motion yang menjadi signature syarikat itu, manakala skim warna perak dan hitam yang tersendiri dengan sentuhan merah NISMO – mirip jentera Nissan Formula E – menjadikan LEAF NISMO RC serba baharu ini seolah-olah sedang bergerak, walau pun pada hakikatnya masih berdiri di garisan permulaan.

Selepas CES 2019, jentera eletrik berprestasi tinggi ini akan dipamerkan di perlumbaan Formula E dan di pelbagai pertunjukan utama di serata dunia.

(Visited 42 times, 1 visits today)