Perodua Aruz rasmi akan dilancarkan pada 15 Januari 2019

Model terbaharu Perodua Aruz bakal dilancarkan dengan rasminya pada keesokan hari, pada tarikh 15 Januari 2019, bermula jam 7.45 malam. Menurut laman sesawang rasmi Perodua, pelancaran model tersebut juga akan boleh diikuti secara langsung.

Perodua Aruz merupakan produk paling terbaharu keluaran Perodua, sebuah model kenderaan dalam segmen SUV yang bakal tampil dengan reka bentuk sporty dan bergaya, termasuklah tujuh tempat duduk dengan ruang yang luas dan selesa.

(Visited 31 times, 1 visits today)