Toyota Supra kini kembali, buat penampilan sulong global di North American International Auto Show 2019

Peminat kereta di seluruh dunia pastinya mengenali model ikonik dan bertaraf legenda Toyota Supra. Hari ini model sport car tersebut secara rasminya membuat penampilan sulong global di North American International Auto Show 2019 di Detroit, USA. Harga untuk Toyota Supra serba baharu di pasaran USA adalah bermula dari $49,990.

Untuk pasaran USA, Toyota Supra serba baharu model tahun 2020 ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu 3.0, 3.0 Premium dan Launch Edition. Bagi model Launch Edition, ianya diasaskan daripada varian 3.0 Premium, namun ianya merupakan model edisi terhad yang dikeluarkan dalam jumlah hanya 1,500 unit sahaja untuk pasaran USA. Harga pasaran untuk Toyota Supra Launch Edition ditetapkan pada $55,250.

Toyota Supra serba baharu ini dikuasakan enjin 3.0 liter enam slilinder dengan sistem turbocas, menghasilkan 335hp dengan tork maksimum 365 lb-ft. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dengan paddle shifters bergaya perlumbaan. Ciri-ciri keselamatan standard yang melengkapi ketiga-tiga varian termasuklah forward collision warning, automatic emergency braking with pedestrian detection, lane departure warning, road sign assist dan automatic high beams.

Toyota Supra 2020 serba baharu hanya mempunyai dua tempat duduk depan sahaja kerana kabin model ini dikatakan direka untuk lebih memberi fokus kepada pemandu. Setelah melihat gambar-gambar menarik Toyota Supra 2020 serba baharu dalam galeri di bawah, adakah anda berpendapat penantian selama ini berbaloi?

(Visited 33 times, 1 visits today)