BMW perkenal 2019 Z4 sDrive30i Roadster & 2020 Z4 M40i Roadster

Susulan daripada pengenalan BMW Z4 M40i First Edition Roadster serba baharu pada bulan Ogos 2018 yang lalu, BMW kini memperkenalkan dua lagi model – 2019 BMW Z4 sDrive30i Roadster, yang mana akan berada di pasaran dalam bulan Mac 2019, seterusnya akan diikuti oleh model 2020 BMW Z4 M40i Roadster.

BMW Z4 sDrive30i dilengkapi enjin baharu yang lebih berkuasa, 2.0 liter empat silinder dengan sistem TwinPower Turbocharged, menghasilkan kuasa maksimum 255hp antara 5,000 dan 6,500rpm, dengan tork puncak 295 lb-ft. bermula dari 1,550 kepada 4,400rpm. Keputusannya ialah pecutan dari 0 ke 60 mph dalam tempoh 5.2 saat.

Bagi model BMW Z4 M40i Roadster, ianya hadir dengan prestasi lebih tinggi daripada enjin 3.0 liter enam silinder sebaris dengan sistem turbocas TwinScroll, menghasilkan kuasa maksimum 382hp @ 5,000 – 6,500rpm dengan tork setinggi 369 lb-ft. @ 1,600 – 4,500rpm. Pecutannya dari 0 – 60 mph dilakukan dalam tempoh hanya 3.9 saat.

Kedua-dua model BMW Z4 Roadster, sDrive30i dan M40i, didatangkan dengan sistem transmisi standard Steptronic Sport lapan kelajuan dengan shift paddle. Menurut BMW, transmisi tersebut menampilkan pertukaran gear lebih sporty, dengan ciri Launch Control untuk pecutan segera dari permulaan dengan daya tarikan maksimum.

(Visited 30 times, 1 visits today)