Suzuki Swift Attitude untuk pasaran UK

Suzuki mengumumkan ketibaan Swift Attitude, sebuah model Special Edition terkini untuk pasaran UK. Swift Attitude dikuasakan enjin 1.2 liter empat silinder Dualjet yang menghasilkan kuasa maksimum 90PS dan dipadankan transmisi manual lima kelajuan.

Model tersebut boleh didapati dalam pilihan warna solid Fervent Red dan lima warna metalik seperti Pure White, Premium Silver, Super Black, Mineral Grey dan Burning Red. Harga yang ditawarkan pada suku pertama 2019 ialah sebanyak £13,499.

(Visited 15 times, 1 visits today)