Hyundai i10 serba baharu akan membuat kemunculan pertama di Frankfurt International Motor Show 2019

Frankfurt International Motor Show 2019 bakal berlangsung dari tarikh 10 sehingga 22 September 2019. Bagi Hyundai, salah sebuah model terbaharu yang mereka akan pamerkan di situ ialah Hyundai i10 serba baharu, yang mana kali ini model cilik tersebut akan tampil dengan rekaan terkini yang cukup menarik dan lebih sporty.

Menurut Hyundai, penampilan buat pertama kali i10 serba baharu di pentas automotif dunia itu akan turut diiringi oleh model versi istimewa, di samping model standard. Hyundai i10 serba baharu akan dilengkapi dengan pelbagai peningkatan ciri penyambungan, termasuklah Connected Car and Blue Link®, serta salah satu pakej keselamatan paling lengkap di dalam segmennya.

Berdasarkan sekeping lakaran gambar di atas, dapatlah dikatakan bahawa kemunculan i10 serba baharu di Frankfurt 2019 kali ini bukanlah biasa-biasa, malah pasti akan mampu menarik lebih ramai peminat berbanding model generasi terdahulu.

(Visited 10 times, 1 visits today)