HLYM lancar Yamaha 135LC Special Edition (SE) 2019

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini dengan rasminya melancarkan Yamaha 135LC Special Edition (SE) 2019 terbaharu, pada harga jualan asas RM 7,118.00 (tidak termasuk kos cukai jalan, pendaftaran dan insuran). Model tersebut akan tiba di cawangan wakil pengedar Yamaha pada tarikh 20hb. September 2019.

Yamaha 135LC SE 2019 terbaharu ini tampil dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Knight Blu, sebagai tambahan kepada warna sedia ada yang ditawarkan sebelum ini iaitu Fiery Red, Comet Grey dan Storm Blue. Selain daripada perubahan warna dan grafik, tiada sebarang perubahan lain dari segi teknikal atau peningkatan prestasi.

(Visited 124 times, 1 visits today)