HLYM lancar Yamaha YZF-R15 2019 dengan pilihan warna baharu yang lebih menarik dan sporty

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) kelmarin secara rasminya melancarkan Yamaha YZF-R15 model tahun 2019 terbaharu untuk pasaran tempatan, yang kini didatangkan dengan pilihan warna baharu yang lebih menarik dan sporty. Tiga pilihan warna baharu tersebut ialah Race Blu (Biru), Yellow (Kuning) dan Black (Hitam).

Dari segi teknikal, Yamaha YZF-R15 2019 terbaharu masih mengekalkan spesifikasi yang sama tanpa sebarang perubahan. Model tersebut dikuasakan enjin bersesaran 155.1cc (Sejukan Cecair, 4-Lejang, SOHC, 4-Injap, VVA) dengan transmisi manual 6-kelajuan, yang menghasilkan kuasa maksimum 14.2kW @ 10,000rpm dengan tork puncak 14.7Nm @ 8,500rpm.

Harga asas yang ditawarkan untuk Yamaha YZF-R15 2019 terbaharu ini adalah sebanyak RM11,988.00 (tanpa kos insuran, pendaftaran dan insuran). Untuk melihat gambar-gambar menarik model tersebut dalam tiga pilihan warna baharu yang sporty, anda boleh saksikannya melalui paparan video YouTube di atas.

(Visited 53 times, 1 visits today)