Spyshot Perodua Axia Style 2019 terbaharu

Perodua bakal melancarkan Axia 2019 terbaharu tidak lama lagi untuk pasaran tempatan, dan tempahan untuk model kompak berkenaan telah pun dibuka sejak tarikh 22hb. Ogos 2019 yang lalu. Antara yang menarik untuk Axia 2019 terbaharu ini ialah pengenalan varian Perodua Axia Style yang dikatakan mirip sebuah model crossover.

Baru-baru ini telah tersebar tiga keping gambar spyshot Perodua Axia Style 2019, memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai penampilan sebenar model tersebut. Untuk peminat sebuah model kompak bercirikan sebuah crossover, mungkin boleh mempertimbangkan Axia Style 2019 ini yang kelihatan lebih tegap dan ranggi.

Sumber : The Ajerul FB

(Visited 178 times, 1 visits today)