Hyundai i30 Fastback N diumumkan untuk pasaran UK

Ini ialah model terbaharu Hyundai i30 Fastback N, bakal memulakan jualannya di pasaran UK pada 21 Januari 2019, dengan tanda harga £29,995 OTR. Ianya merupakan model berprestasi kedua Hyundai untuk pasaran Eropah, hasil kejuruteraan cawangan High Performance Vehicle Division milik syarikat dari Korea itu. 

Hyundai i30 Fastback N merupakan model hot coupe lima pintu di dalam segmen C, dikuasakan enjin 2.0 liter T-GDi yang dipadankan transmisi manual 6-kelajuan 2WD, dengan prestasi maksimum 275PS dan tork 353Nm. Menurut Hyundai, kesemua model i30 N didatangkan dengan tempoh jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan.

(Visited 56 times, 1 visits today)