VUHL 05RR lakukan debut di Mexico City

VUHL merupakan jenama pengeluar sportcar ringan yang sebelum ini muncul dengan model pertama VUHL 05 pada tahun 2013. Untuk model kedua VUHL 05RR, ianya secara rasmi melakukan debut di Mexico City pada 19 Januari 2019, bertempat di litar Autódromo Hermanos Rodríguez, menjelang acara perlumbaan Race of Champion.

Dari segi spesifikasi untuk model yang sah digunakan di jalan raya ini, VUHL 05RR dikuasakan enjin turbo empat silinder DOHC dengan kapasiti 2,300cc, menghasilkan kuasa maksimum 385bhp dengan tork puncak 500Nm. Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi enam kelajuan (Sadev 6-speed sequential), membolehkannya mencapai kelajuan 100 km/j dalam tempoh hanya 2.7 saat bermula dari sifar.

Berat kering keseluruhan VUHL 05RR ini hanya 640 kg (kerb weight 675 kg), dengan kelajuan maksimum 255 km/j. Berbanding VUHL 05, model 05RR ini juga dikatakan telah menerima naik taraf stereng dan sistem suspensi. Menurut syarikat pengeluarnya, VUHL 05RR ketika ini sudah mula dijual di pasaran Eropah, US dan juga Mexico.

(Visited 13 times, 1 visits today)