Bugatti Centodieci diperkenalkan dengan tanda harga EUR 8 juta, terhad 10 unit, semuanya telah habis terjual

Bugatti beberapa hari yang lepas telah memperkenalkan sebuah model baharu yang diberi nama Bugatti Centodieci, sebagai penghormatan kepada model EB110 yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut sekitar tahun 1990an dahulu. Ianya dikuasakan oleh enjin 8.0 liter W16 yang menghamburkan kuasa maksimum 1,600hp @ 7,000rpm.

Centodieci mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh 2.4 saat, ke 200 km/j dalam tempoh 6.1 saat dan ke 300 km/j dalam tempoh hanya 13.1 saat. Kelajuan maksimumnya ditetapkan secara elektronik kepada 380 km/j. Dari segi penampilan luaran keseluruhan, Centodieci sememangnya begitu sporty dan elegan sekali.

Menurut Bugatti, Centodieci hanya akan dikeluarkan dalam jumlah terhad 10 unit sahaja, pada harga bermula dari EUR 8 juta. Walaupun ditawarkan pada harga setinggi itu, sebenarnya kesemua 10 unit tersebut dikatakan telah pun habis terjual. Penghantaran kepada kesemua pelanggannya akan dilakukan dalam tempoh 2 tahun.

(Visited 28 times, 1 visits today)