Honda Civic Hatchback model tahun 2020 di pasaran USA terima kemaskini baharu

Pada pertengahan bulan Ogos 2019 yang lepas, Honda di pasaran USA telah memperkenalkan Civic Hatchback model tahun 2020 versi kemaskini terbaharu. Model popular itu kini dikatakan tampil dengan gaya rekaan yang lebih segar, teknologi yang dinaiktaraf dan tambahan pilihan transmisi manual untuk varian sedia ada.

Civic Hatchback 2020 ditawarkan dalam tujuh varian kesemuanya iaitu LX CVT, Sport 6MT, Sport CVT, EX CVT, EX-L CVT, Sport Touring 6MT dan Sport Touring CVT. Bagi varian Sport, ianya kini menerima tambahan sistem Smart Start & Entry dan naiktaraf sistem paparan audio dengan intergrasi Apple CarPlay® dan Android Auto™.

Sebagai tambahan, varian teratas Sport Touring kini turut ditawarkan dengan transmisi manual 6-kelajuan buat pertama kalinya, yang kemudiannya digandingkan dengan enjin 1.5 liter turbo. Selain itu, kesemua varian kini dilengkapi rangkaian keselamatan dan sistem bantuan pemandu Honda Sensing® yang kini telah menjadi ciri standard.

Untuk pasaran USA, Civic Hatchback 2020 telah pun memulakan jualannya dengan harga yang disyorkan oleh pengeluar bermula dari $21,650 sehingga $28,850 (excluding $930 destination and handling). Menarik juga kalau model Honda Civic Hatchback 2020 versi ‘facelift’ terbaharu ini turut ditawarkan di pasaran Malaysia.

(Visited 44 times, 1 visits today)