Lexus LC 500 Inspiration Series 2020 diperkenalkan dengan warna Nori Green Pearl

Lexus baru-baru ini memperkenalkan model edisi terhad Lexus LC 500 Inspiration Series model tahun 2020, yang didatangkan dengan warna hijau tersendiri yang diberi nama Nori Green Pearl. Warna itu mengekalkan kematangan model coupe tersebut tanpa meminggirkan prestasi, teknologi dan gayanya yang serba moden.

Seterusnya penampilan Lexus LC 500 Inspiration Series 2020 diserlahkan lagi dengan kehadiran rim roda 21 inci dengan dua tona warna, begitu juga dengan bahagian dalamannya yang turut mengambil inspirasi melalui skim dua tona warna yang elegan. Masih mengekalkan enjin 5.0 liter V8 yang menghasilkan 471 kuasa kuda dengan padanan transmisi automatik 10 kelajuan, bermakna tiada sebarang perubahan mekanikal yang dilakukan untuk model LC 500 Inspiration Series edisi terhad ini.

Lexus LC 500 Inspiration Series 2020 ini hanya akan ditawarkan dalam jumlah 100 unit sahaja untuk pasaran U.S., dengan jualannya akan bermula dalam musim luruh akan datang. Harga untuk model tersebut akan diumumkan menjelang tarikh jualannya.

(Visited 44 times, 1 visits today)