McLaren 600LT Spider diperkenalkan dalam edisi terhad

McLaren Automotive pada 16 Januari 2019 secara rasminya memperkenalkan model terbaharu McLaren 600LT Spider. Hadir sebagai sebuah model convertible dengan ciri bumbung terbuka, McLaren 600LT Spider dijana enjin V8 3.8 liter dengan sistem turbo berkembar, menghamburkan kuasa maksimum 600PS dan tork puncak 620Nm.

Pecutan dari 0 ke 100 km/j mampu dilakukan dalam tempoh hanya 2.9 saat, 0 – 200 km/j dalam 8.4 saat, manakala pecutan maksimum dengan bumbung tertutup mampu mencapai 324 km/j. McLaren Automotive mengatakan bahawa 600LT Spider akan dikeluarkan dalam jumlah terhad, pada harga £201,500 termasuk cukai di pasaran UK.

(Visited 43 times, 1 visits today)