Perodua Axia – harga bermula dari RM22,990.00

Salah sebuah model kereta mampu milik yang berada di pasaran tempatan ketika ini ialah Perodua Axia. Mempunyai reka bentuk kompak, Perodua Axia ditawarkan dalam beberapa varian bermula dari varian Axia 1.0 Standard E (Manual), pada harga jualan  bermula serendah dari RM22,990.00 sahaja. Varian teratas ialah Axia 1.0 Advance Version (Automatik), dengan harga jualan ditetapkan pada RM40,390.00.

Perodua Axia dilengkapi enjin bersesaran 1.0 liter bertaraf EEV, menawarkan kecekapan dan penjimatan bahan api yang memuaskan. Enjin tersebut dipadankan sama ada transmisi manual atau automatik, bergantung kepada varian. Ciri-ciri lain yang melengkapi Axia termasuklah butang Push Start/Stop (varian SE dan Advance sahaja), Smart Entry System With Smart Key (varian Advance sahaja) dan Multimedia System With ‘Smart Link’ (For Android Only) (varian Advance sahaja).

Dari segi keselamatan, Perodua Axia menerima penarafan 4-Bintang NCAP, sudah cukup memberikan ketenangan minda kepada pemandu dan penumpang. Pilihan warna yang ditawarkan untuk Axia ialah enam kesemuanya iaitu Merah, Kuning, Biru, Hitam, Perak dan Putih. Untuk anda yang mahukan gaya yang lebih sporty, Perodua juga menyediakan pilihan aksesori asli GearUp pada harga yang berpatutan.

Berikut ialah senarai varian dan harga Perodua Axia (On The Road tanpa insuran, harga untuk Semenanjung Malaysia) untuk tahun 2019 setakat artikel ini ditulis :

  • Axia 1.0 Standard E – Manual : RM22,990.00
  • Axia 1.0 Standard G – Manual : RM32,590.00
  • Axia 1.0 Standard G – Automatic : RM34,390.00
  • Axia 1.0 Special Edition – Manual : RM35,590.00
  • Axia 1.0 Special Edition – Automatic : RM37,490.00
  • Axia 1.0 Advance Version – Automatic : RM40,390.00

Perodua Axia sesuai dijadikan sebagai kenderaan pertama untuk anda yang baru saja mula bekerja, kerana harga sewa beli bulanan yang ditawarkan sudah tentu terjangkau dengan pendapatan permulaan anda. Selain itu, Axia juga sesuai dijadikan sebagai kenderaan kedua untuk anda yang sudah memiliki kenderaan pertama bersaiz besar.

(Visited 158 times, 1 visits today)