Spyshot Proton Persona facelift, bilakah akan dilancarkan?

Selain daripada model kompak Proton Iriz yang bakal dilancarkan semula dalam versi facelift terbaharu tidak lama lagi, sebuah lagi model keluaran Proton iaitu Persona, juga dikesan bakal menerima versi faceliftnya yang tersendiri. Berdasarkan beberapa keping gambar spyshot yang tersebar di internet, Proton Persona ketika ini sedang diuji di jalan raya dengan pelekat penyamaran, bagi menyembunyikan identiti terbaharunya.

Menurut laman blog Paultan, Proton Persona versi facelift terbaharu dijangka akan menerima perubahan di bahagian jeriji depan, rim roda baharu, termasuk bampar depan dan belakang yang pastinya akan hadir dengan beberapa perubahan terkini. Anda boleh membuat gambaran sendiri mengenai reka bentuk facelift terbaharu Persona, berdasarkan beberapa keping gambar spyshot yang disiarkan di sini.

Proton Iriz dan Proton Persona versi facelift terbaharu model tahun 2019 ini dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, namun tarikh yang tepat masih belum dapat dipastikan. Bagi meningkatkan jualan, seharusnya kedua-dua model tampil lebih segar sama ada dari segi kosmetik, ciri-ciri keselamatan, penambahbaikan teknologi, atau pun sistem penjana kuasa baharu. Sama-sama kita tunggu ketibaan Iriz dan Persona 2019.

Sumber : Paultan & Faiz Suparman

(Visited 181 times, 1 visits today)