Subaru Limited-Edition STI S209 model tahun 2019, eksklusif untuk pasaran US

Subaru Tecnica International (STI), anak syarikat milik penuh Subaru Corporation, pada 14 Januari 2019 dengan rasminya memperkenalkan STI S209 edisi terhad, produk S-line STI pertama yang dikeluarkan khusus untuk pasaran US. Sekitar 200 unit sahaja dikatakan akan ditawarkan untuk pasaran US, menjadikannya begitu eksklusif.

Pemasangan terakhir Subaru Limited-Edition STI S209 model tahun 2019 ini dilakukan di Kiryu, Jepun, di mana ianya menerima modifikasi enjin dan badan demi mematuhi homogolasi yang ditetapkan oleh pasaran US. S209 ini menurut Subaru merupakan buatan STI pertama yang dijual untuk pasaran US, manakala S201 (2000) sehingga S208 (2018) hanya eksklusif untuk pasaran domestik Jepun.

Subaru Limited-Edition STI S209 akan dikuasakan enjin legenda EJ25 (2.5-liter turbocharged BOXER) dengan keluaran kuasa anggaran 341hp, yang kemudiannya digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan. Kuasa yang terhasil disalurkan melalui sistem Subaru Symmetrical All-Wheel Drive yang beroperasi sepenuh masa.

Dua pilihan warna yang disediakan termasuk gandingan warna rim ialah biru (WR Blue Pearl/gray wheels) dan putih (Crystal White Pearl/gold wheels). Harga rasmi akan diumumkan menjelang tarikh jualannya yang ditetapkan pada penghujung tahun ini.

(Visited 81 times, 1 visits today)