Lotus Evija diperkenalkan, terhad 130 unit, kuasa 2,000 PS

Pada pertengahan Julai 2019 yang lalu, Lotus secara rasminya memperkenalkan model terbaharu keluarannya yang diberi nama Lotus Evija. Model tersebut dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya, dengan sasaran keluaran kuasa mencapai 2,000 PS dan tork 1,700Nm. Sasaran kelajuannya pula ditetapkan di bawah 3 saat untuk pecutan dari 0 ke 100 km/j, manakala kelajuan maksimumnya dikatakan akan melebihi 320 km/j.

Lotus Evija dibina menggunakan teknologi ‘ultra-lightweight carbon fibre monocoque’, membolehkannya mencapai berat hanya 1,680 kg, seterusnya mencipta rekod sebagai sebuah kereta elektrik hyper versi pengeluaran yang paling ringan di dunia. Menurut Lotus, sasaran jarak perjalanan untuk Evija menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya itu ialah 400 km. Untuk keseronokan pemanduan maksimum, Evija akan dilengkapi lima mod pemanduan seperti Range, City, Tour, Sport dan Track.

Menggunakan teknologi terkini, tempoh pengecasan Evija mengambil masa 12 minit untuk kapasiti bateri 80 peratus dan 18 minit untuk 100 peratus. Evija direka dan dikeluarkan sepenuhnya daripada kilang Lotus yang terletak Hethel, UK, dengan pengeluarannya terhad kepada 130 unit sahaja. Pengeluaran untuk model tersebut akan bermula pada tahun 2020, dengan harganya ditetapkan bermula dari £1.7 juta.

(Visited 138 times, 1 visits today)