Model konsep Acura Type S tampil sporty dan mengujakan

Untuk pasaran USA, Acura merupakan jenama mewah bagi Honda dan mempunyai rangkaian model kenderaan yang tersendiri dan berprestij. Baru-baru ini Acura telah mempamerkan model konsep terbaharu Acura Type S dan dengan pantas ianya menarik perhatian ramai kerana tampil dengan rekaan yang sporty dan mengujakan.

Walaupun hanya sekadar konsep, Acura menjelaskan bahawa model konsep Type S itu akan memberi pengaruh yang besar terhadap model TLX Type S generasi kedua yang bakal tiba. Menurut Acura lagi, syarikat tersebut akan memperkenalkan dua varian berprestasi Type S dalam tempoh dua tahun akan datang, jadi sama-sama kita tunggu.

(Visited 12 times, 1 visits today)