Ford Explorer ST 2020 serba baharu tampil lebih berkuasa dengan pemanduan yang lebih menyeronokkan

Kira-kira dua minggu yang lepas bertempat di Ford Field, Detroit, Ford secara rasminya telah memperkenalkan Ford Explorer 2020 serba baharu. Kini Ford memperkenalkan pula ahli keluarga Explorer yang lebih berkuasa – Ford Explorer ST 2020 serba baharu. Menurut Ford, Explorer ST 2020 merupakan model Explorer paling berkuasa dengan pemanduan paling menyeronokkan pernah diperkenalkan.

Tampil dengan kejuruteraan oleh pasukan Ford Performance, Explorer ST ini menggunakan enjin EcoBoost 3.0 liter yang ditala khas untuk mencapai kuasa maksimum 400hp dengan tork 415 lb.-ft. Transmisinya ialah automatik 10-kelajuan dengan quick-shifting, dan dilengkapi sistem pacuan empat roda standard dengan ciri selectable traction control. Kelajuan puncaknya pula dikatakan mencapai 143 mph.

Terdapat dua pilihan naik taraf iaitu ST Street Pack dan ST Track, kedua-duanya memiliki roda aluminium berukuran 21 inci dengan sistem brek yang memiliki kuasa pemberhentian yang lebih baik. Explorer ST turut menawarkan mod Sport untuk pemanduan yang lebih mengujakan. Di pasaran US, Explorer ST akan menyertai varian asas, XLT, Limited, Platinum dan Hybrid di dalam keluarga Explorer serba baharu.

(Visited 48 times, 1 visits today)