Hyundai Kona Iron Man Edition tiba di pasaran UK

Hyundai dan Marvel sebelum ini telah mengumumkan kerjasama mereka dalam menghasilkan sebuah model unik dan istimewa – Hyundai Kona Iron Man Edition. Model tersebut kini akan tiba di bilik pameran di UK bermula 1 Mac 2019. Harga yang ditawarkan ialah £27,995 OTR, tersedia dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Matte Grey dengan bumbung berwarna Red Armour.

Hyundai Kona Iron Man Edition memiliki penjana kuasa 1.6 liter T-GDi yang menghasilkan 177PS, dengan padanan transmisi Dual Clutch tujuh kelajuan dan sistem pacuan 2WD. Selain penampilan luaran yang menarik, ciri-ciri dalaman untuk model tersebut termasuklah lampu LED, Keyless Entry with Engine Start/Stop Button, 8” Touchscreen Satellite Navigation with standard Android Auto and Apple Car Play, penyaman udara dengan climate control, dan head up display untuk pemandu,

Ciri-ciri keselamatan yang melengkapinya termasuklah autonomous emergency braking, blind spot detection, downhill brake control, driver attention alert, lane keep assist dan rear cross traffic alert sebagai ciri standardnya. Untuk peminat setia Marvel dan Iron Man, Hyundai Kona Iron Man Edition ini pastinya tidak akan dilepaskan.

(Visited 60 times, 1 visits today)