Kia Telluride 2020 serba baharu untuk pasaran Amerika

Kia Telluride 2020 serba baharu ini merupakan model pertama Kia yang direka secara spesifik untuk pasaran US, dan ianya merupakan produk Kia Design Center di Irvine, California. Rekaan luarannya berbentuk boxy dengan kemewahan di bahagian dalam. 

SUV bersaiz besar ini mempunyai tempat duduk yang selesa untuk memuatkan sehingga 8 orang, dengan enjin 3.8L V6 GDI berkuasanya yang menghasilkan 291hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 262 lb.-ft. @ 5,200rpm. Enjin tersebut bergandingan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Padat dengan pelbagai ciri-ciri dan teknologi terkini dan mewah, Telluride serba baharu ini mempunyai keupayaan untuk meredah pelbagai situasi pemanduan dan membawakan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan penuh keyakinan.

Kia Telluride 2020 akan dipasang di fasiliti pemasangan Kia di West Point, Georgia, di samping model-model lain seperti Sorento dan Optima. Jualannya akan bermula dalam tahun ini, tersedia dalam empat varian iaitu LX, EX, S dan SX dengan pilihan pacuan roda depan atau pilihan pacuan semua roda.

(Visited 87 times, 1 visits today)