Toyota Vios 2019 akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia

Toyota Vios atau Honda City? Mana satu pilihan muktamad anda? Berdasarkan statistik dan pemerhatian, Honda City ketika ini merajai jalan raya tempatan dan popularitinya agak jauh meninggalkan Toyota Vios. Kedua-duanya model sedan segmen B yang bagus, namun penampilan luaran yang menarik menjadi kelebihan buat Honda City.

Bagi menandingi semula kehebatan Honda City generasi semasa yang sangat popular ketika ini, Toyota bakal melancarkan Toyota Vios 2019 serba baharu di pasaran Malaysia dalam suku pertama tahun ini. Toyota Vios 2019 sebelum ini telah ditayangkan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018 dalam bulan November lepas. Model ini juga telah muncul di dalam laman sesawang rasmi Toyota Malaysia.

Berdasarkan pemerhatian, reka bentuk terbaharu Toyota Vios 2019 ini kelihatan lebih moden dan bergaya sporty berbanding model terdahulu, walaupun dirasakan agak berlebihan terutama di bahagian depannya. Dari segi reka bentuk keseluruhan, boleh dikatakan inilah pencabar sebenar Honda City. Sama cantik, ibarat buku bertemu ruas.

Berdasarkan maklumat awal yang diberikan, Toyota Vios 2019 akan ditawarkan dalam pilihan tiga varian seperti berikut, termasuk harga anggarannya :

  • 2019 Toyota Vios 1.5J (AT) – RM77,200.00
  • 2019 Toyota Vios 1.5E (AT) – RM81,200.00
  • 2019 Toyota Vios 1.5E (AT) – RM87,300.00

Sistem penjana kuasa untuk Vios 2019 ini berupa enjin 1.5 liter (4-cylinder, In-line, 16-valve, DOHC with Dual VVT-i) dengan kuasa maksimum 107PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 140 @ 4,200rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan transmisi CVT tujuh kelajuan (Continuously Variable Transmission (CVT) with 7-speed Sport Sequential Shiftmatic mode).

Toyota Vios 2019 serba baharu telah menerima pengiktirafan 5-Bintang ASEAN NCAP, serta didatangkan dengan tempoh jaminan selama 5 dengan perbatuan tanpa had (terma dan syarat). Lima pilihan warna luaran yang menarik telah disediakan untuk model tersebut iaitu Biru, Merah, Hitam, Perak dan Putih. Antara ciri-ciri yang melengkapinya adalah seperti berikut :

  • Blind Spot Monitor (BSM) with Rear Cross Traffic Alert*
  • Panoramic View Monitor (PVM)*
  • Front Digital Video Recorder (DVR)*
  • 7 SRS Airbags
  • Hill-start Assist Control (HAC)
  • DVD-AVX with USB-mirroring*
  • USB Charging Ports
  • Headlamps with Follow-me-home Function
  • Auto Air-conditioning
  • Optitron Meter with Multi-information Display (MID)*
  • Drive Mode Switch* & Paddle Shifters**
  • Electrochromic Rear-view Mirror*

*Available for 1.5G and 1.5E variants only

**Available for 1.5G variant only

Jadi pada pendapat anda yang mungkin bakal membuat pilihan di antara Honda City atau Toyota Vios tidak lama lagi, mana satu pilihan yang dirasakan paling tepat dan sesuai dengan citarasa anda? Untuk anda yang memilih Toyota Vios 2019, tempahan boleh dibuat sekarang di bilik pameran Toyota yang berdekatan.

(Visited 639 times, 1 visits today)