Unit pertama Toyota Supra 2020 dilelong pada harga $2.1 juta

Toyota Supra 2020 baru saja dilancarkan, dan dengan pantas ianya menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pemerhati dunia automotif di seluruh dunia. Sempena dengan pelancaran model legenda itu, beberapa hari yang lepas di Scottsdale, Arizona, unit pengeluaran pertama Supra yang dikenali sebagai “Global #1” telah dilelong dalam acara 48th Annual Barrett-Jackson Auction at WestWorld of Scottsdale.

Harga tertinggi yang berjaya membida model Supra pertama itu ialah $2.1 juta (RM8.6 juta), sememangnya begitu tinggi dan agak mengejutkan, namun perlu difahami bahawa nilai pembelian tersebut akan disumbangkan kepada pertubuhan amal iaitu American Heart Association(AHA) dan the Bob Woodruff Foundation (BWF). Kalau bukan untuk sumbangan amal, sudah tentu nilai $2.1 lebih berbaloi dilaburkan kepada banyak lagi pilihan model supercar lain yang lebih sporty dan berkuasa.

Merupakan model tunggal dengan keunikan tersendiri, Toyota Supra 2020 “Global #1” mempunyai VIN (Vehicle Identification Number) yang tamat dengan nombor 20201, yang mana “2020” menunjukkan tahun pengenalannya kepada dunia dan “1” menandakannya sebagai unit pertama yang dikeluarkan dari barisan pengeluaran.

Warna luarannya ialah Matte Gray dengan penutup cermin berwarna merah dan rim roda berwarna Matte Black. Di bahagian dalamannya juga unik, dengan sentuhan berwarna merah dan penggunaan carbon-fiber, memperlihatkannya sebagai model pelancaran pertama untuk pasaran US. Pemenang bidaan ini juga bakal merasai pengalaman penuh bertaraf VIP untuk merasai suasana sebenar di litar.

p/s : Toyota Supra 2020 adalah kembar tidak seiras kepada model BMW Z4 2019

(Visited 154 times, 1 visits today)