Hyundai akan mempamerkan model konsep elektrik『45』di Frankfurt Motor Show 2019

Bertempat di pameran automotif Frankfurt Motor Show 2019 yang bakal berlangsung dari 10 – 22 September, Hyundai akan mempamerkan model konsep elektrik『45』yang menjadi penunjuk hala tuju syarikat tersebut pada masa akan datang.

Menurut Hyundai, model konsep terbaharu itu akan menerapkan gaya bahasa rekaan yang diberi nama ‘Sensuous Sportiness’. Model konsep tersebut jugak dikatakan mengambil inspirasi daripada model pertama Hyundai dalam tahun 1970an.

Model konsep『45』dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya dan berperanan sebagai simbolik pencapaian Hyundai dalam rekaan kenderaan EV pada masa depan. Setakat ini Hyundai hanya menyiarkan ‘teaser’ model konsep tersebut seperti di atas.

(Visited 12 times, 1 visits today)