Mercedes-Benz EQV diperkenalkan, MPV premium dikuasakan tenaga elektrik sepenuhnya

Kenderaan yang dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya kini sudah menjadi perkara biasa. Terkini, Mercedes-Benz secara rasminya memperkenalkan sebuah model MPV premium dengan janaan kuasa elektrik 100 peratus, yang mampu mencatatkan jarak perjalanan sejauh 405 kilometer dengan hanya sekali cas.

Dikenali dengan nama Mercedes-Benz EQV, ianya dibekalkan teknologi pengecasan canggih yang mampu mengecas bateri dari kapasiti 10 ke 80 peratus dalam tempoh masa kurang dari sejam. Kuasa yang dihasilkan mencapai 204hp dengan tork maksimum 362Nm, seterusnya boleh dipandu dengan kelajuan sehingga 160 km/j.

Mercedes-Benz EQV turut menawarkan keselesaan yang muktamad dan fleksibiliti di bahagian dalamannya, di samping pelanggan turut boleh memilih di antara dua jenis jarak roda yang berbeza. Mercedes-Benz EQV terbaharu ini akan dipamerkan kepada orang ramai buat pertama kali di Frankfurt Auto Show 2019 pada bulan depan.

(Visited 32 times, 1 visits today)