Model konsep Bentley EXP 100 GT beri bayangan model Grand Tourer 2035

Bentley baru-baru ini telah menyiarkan gambar-gambar terbaharu model konsep EXP 100 GT sempena kemunculan model tersebut di acara Monterey Car Week 2019. Model konsep luar biasa itu sebelum ini diperkenalkan pada 10 Julai 2019 sempena sambutan ulangtahun ke-100 Bentley Motors di The Home of Bentley di Crewe, England.

Bentley EXP 100 GT memberikan bayangan kepada model Grand Tourer pada tahun 2035, dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan ciri-ciri moden dengan reka bentuk yang mengagumkan. Ianya akan dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya dengan ciri-ciri pintar, di mana sistem bateri akan menjana empat motor elektrik yang menawarkan tork maksimum 1,500Nm, dengan pecutan dari 0 ke 100 km dilakukan dalam tempoh masa kurang daripada 2.5 saat dan pecutan puncak 300 km/j.

Teknologi bateri moden akan membolehkan pengecasan Bentley EXP 100 GT hanya mengambil masa 15 minit sahaja bagi mencapai kapasiti 80 peratus. Lebih menarik lagi jarak perjalanan dengan hanya sekali pengecasan dikatakan mampu menjangkau sehingga 700 km. Tidak salah kalau dikatakan model konsep Bentley EXP 100 GT ini merupakan gabungan di antara prestasi, teknologi dan seni bina yang sempurna.

(Visited 36 times, 1 visits today)